Assalamualaikum semua!! Hari ini ayda ingin berkongsi cerita mengenai sahabat atau kawan selamanya.Kalau pada zaman sekarang perkataan yang popular digunakan oleh setiap orang adalah "best friend forever(BFF)".Setiap orang mempunyai kawan sama ada kawan baik mahupun kawan rapat.Kawan biasa hanya berada di sisi kita untuk bersuka ria.Tetapi kawan rapat yang layak digelar sahbat selamanya akan berada di sisi kita untuk berkongsi segala masalah dan berkongsi cerita suka dan duka.Kalau di rumah,keluarga yang merupakan tempat untuk mengadu segala masalah dan tempat untuk meluahkan perasaan.Tetapi,apabila kita berada di luar sama ada di sekolah atau mungkin kita tinggal berjauhan daripada keluarga kita,kawanlah yang akan menjadi tempat untuk mengadu segala masalah dan perasaan.Tanpa kawan,mungkin kita akan berasa kesunyian. Walaubagaimanapun,kita perlulah bijak memilih kawan dan jangan memilih kawan yang tidak baik budi bahasa dan akhlaknya.Kawan juga boleh dijadikan contoh untuk diri kita. Jikalau kawan yang di pilih itu ialah kawan yang tidak baik akhlaknya,maka kita pun akan menjadi seorang yang tidak baik akhlaknya.Jika kawan yang dipilih itu merupak kawan yang mempunyai budi pekerti dan akhlak yang baik,sudah semestinya kita pun akan menjadi kawan yang mempunyai akhlak yang baik.
Ayda juga mempunyai kawan yang sentiasa ada di sisi ayda sewaktu ayda susah atau senang.Sepanjang ayda berkawan tidak pernah ayda mendapat seorang kawan yang sentiasa berada di sisi ayda untuk berkongsi segala masalah dan cerita suka dan duka.
Orangnya sangat rapat dengan ayda dan duduk di sebelah ayda di dalam kelas dan rumahnya hanya bersebelahan dengan rumah ayda.Dia ialah Norsakinah atau mesra di panggil Kynah.Kynah sahaja kawan ayda yang kadangkala memanggil ayda "adikk" dan ayda pun memanggil kynah dengan panggilan "akak".Tidak pernah pun dalam hidup ayda mempunyai kawan yang memanggil ayda dengan panggilan sedemikian sedangkan panggilan itu hanya di panggil oleh keluarga ayda sahaja.Kadangkala ada sesetengah yang menganggap ayda dan kynah ini adik beradik atau kembar.Walhal,kami bukannya adik beradik atau kembar.Tapi,tidak mustahil lah jika ada yang menganggap sedemikian kerana kami akan sentiasa bersama tidak kira di mana.Sehinggakan cikgu-cikgu sekolah telah mengetahui bahawa kami merupakan kawan yang rapat.
dh rapat sgt ker??
ReplyDeleteOf course laa... Kau bce ayat aq tu bru thu rapat ke x..
Deletekan Ayda kan. korang mmg rapat giler lah. First time aku tgk korang, aku ingat korang cousin ke apa. Alhamdulillah, Allah bagi sahabat yg terbaik utk kau :)
ReplyDelete