Assalamualaikum.. :)
Kali ini,post ayda juga mengenai kawan rapat ayda yang sentiasa ada di sisi ayda tatkala senang atau susah,suka atau duka.Mereka sentiasa berada sebagai kawan yang sanggup berkongsi segala masalah dan cerita.Kami belajar dalam kelas yang sama dan belajar bersama-sama.Mungkin pada tahun depan,ketika kami masuk tingkatan empat, kami akan berpisah kerana mungkin akan ada yang pindah ke sekolah lain setelah mendapat keputusan Penilaian Menengah Rendah(PMR).
Bukan mudah mancari kawan yang begitu rapat dan mampu mendengar segala cerita kita tidak kira cerita gembira ataupun cerita sedih...
Ayda bersyukur kepada ALLAH kerana di kurniakan kawan yang sebegitu baik dan mampu berada di sisi ayda sebagai pendengar segala masalah dan berkongsi cerita..
Ayda juga berada di sisi kawan-kawan ayda sebagai pendengar segala masalah dan cerita suka,duka dan sebagainya..Akhir kata,sayangi dan hargailah insan yang bergelar sahabat kerana tanpa sahabat mungkin kita akan berasa kesunyian dan tidak dapat meluahkan segala-galanya.. Ingatlah,jaga hati setiap kawan-kawan kita kerana mereka telah menjadi pendengar segala masalah yang dihadapi oleh kita..
That's all for you all and thanks for read it!! :)